Vanilla Flavour size 6 inci. Gelap sikit sbb pakai pewarna waterbase biasa je bukan myflavor. Nak warna terang boleh pakai yg gel base. #kekmarblebysakitchen #kekmarblenilai #sakitchennilai
Loyang 6 inci, guna 3 biji telur (refer resepi dkt pinned video) buat separuh adunan je. Sy letak link video tu dkt komen ye. Setiap bahan bahagi 2. Berat adunan, korang akan dpt lebih kurang 500g. Masa bakar kurang sikit dr loyang 8 inci. Sy bakar suhu 140c 60-65 minit. Semoga bermanfaat. #kekmarblebysakitchen #kekmarblenilai #kekmarble6inci
Kek Marble Mini for doorgift. 1 adunan kek Marble boleh dpt 8 bekas. Timbangan lebih kurang 125g 1 bekas. Bakar suhu 135-140C selama 50-55minit. Semoga bermanfaat. #kekmarblebysakitchen #kekmarblenilai #kekmarblecomel #kekMarbleMini
1 Adunan Kek, sy buat Kek Loyang 6 inci berat lebih kurang 500g & 3 Loyang Kek Marble Mini berat lebih kurang 150g. #kekmarblebysakitchen #kekmarblenilai #kekmarblemini
Resepi Kek Marble Dark Chocolate 🧑🍳 by Sarina Anuar 165g butter @ majerin ( di cairkan di biarkan sejuk dahulu Ketepikan dlu bahan ni 6 biji telur gred A@B (telur sejuk lebih baik) 2 sk asen vanila 200g gula kastor (biasa sy kurangkan 170g) 30g ovallete 50ml susu full cream 230g tepung naik sendiri @ 230g tepung gandum + 1sk Baking powder (ayak dahulu) 2sb emulco coklat 100g dark choc coin dicairkan Choc chips (ikut suka nk letak bnyk mana, x letak pun xpe) Pukul sehingga adunan betul2 kembang memutih baru masukkan butter y di cairkan td. (masa bergantung pada kualiti mixer masing2, tiada tetapan masa) Gris loyang dahulu dgn marjerin kemudian letak kertas minyak atau boleh gris dgn sapuan loyang tanpa guna kertas minyak mcm dlm video ni. (Loyang 8 inci. Kalau adunan kembang elok cntik bru boleh pakai 9 inci. Buat 6 inci boleh dpt 2 loyang) Perisa Dan corak boleh olah ikut kreativiti masing2. Suhu bakar 135°c-140°c selama 80 minit (bergantung pada oven masing2 ye) Nak tgk full video resepi boleh tgk dkt pinned video ye. Selamat Mencuba. Semoga bermanfaat 🫶 #kekmarblebysakitchen #resepidarkchocmarblecake #darkchocmarblecake
Tips ni mungkin ramai yg x yakin. Korang boleh Cuba. Tp make sure beat guna high speed level ye. Utk kek marble je tau. Kek lain korang pakai jela telur suhu bilik. Selamat Mencuba Semoga bermanfaat 🫶 #tipskekmarble #kekmarblebysakitchen #telursejuk
Mungkin ade yg ckp Cara sy leceh dan membazir, tp sy selesa dgn cara sy buat masa ni. Sy sejenis yg x kejar order yg bnyk, lebih memilih ambik order santai2 shj. Korang tgk video smpai abis ye utk Info kek Marble 6 inci ni. Resepi boleh refer pinned video. Semoga bermanfaat 🫶 #kekmarblebysakitchen #kekmarblenilai #sakitchennilai #marblecake #kekmarble6inci