Menangis tak berlagu bila dron jatuh... Anggota polis bertindak menggunakan 'jammer gun' terhadap dron yang diterbangkan tanpa izin semasa Sambutan Dua Dekad Maritim Malaysia di Georgetown, Pulau Pinang.
Replying to @Mummy Aalia Jenazah kanak-kanak yang meninggal dunia akibat tercekik gula-gula jenis gummy selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Permatang Binjai, Penaga di sini kira-kira pukul 3.20 petang tadi. Lebih 150 jemaah menunaikan solat jenazah buat Allahyarham Mohammad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, 10, di Masjid Jamek Permatang Binjai pada 2.45 petang dan rakan-rakan Allahyarham mengiringi jenazah ke tanah perkuburan.
Ibu dua beradik yang terlibat dalam kemalangan maut di persiaran Senawang 1 Khamis lalu, terkilan apabila keluarga pelaku ada berjumpa dengannya namun tidak mengeluarkan perkataan ‘maaf’. Haslinda Jupri, 44, berkata beliau tidak akan berdiam diri dan akan menuntut keadilan terhadap insiden yang menyebabkan kematian anak sulungnya dan kecederaan parah terhadap anak bongsunya.
Suspek yang dikenali sebagai 'Ah Boy' itu melarikan diri ke Melaka sebelum berpatah balik ke Selangor dengan cara mengugut pemandu e-hailing dan lori, selain turut mencuri motosikal.
Seorang anggota polis yang kritikal dipercayai tertembak kepalanya sendiri dengan senjata api jenis pistol di bilik pengawal Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, Selasa lepas, meninggal dunia kira-kira jam 5.12 petang tadi. Mendiang Koperal Francis A/L Aruputham yang berusia 58 tahun itu menghembuskan nafas terakhirnya semasa menerima rawatan di General Intensive Care Unit (GICU) Hospital Pulau Pinang (HPP). Tekan link untuk berita penuh.
Tabik hormat untuk tiga orang akak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) kita! 🫡 Tindakan berani anggota APM menangkap ular di yang dikatakan keluar dari 'sarang' disebabkan cuaca panas, yang difahamkan berlaku di kawasan Kemaman, Terengganu.
Semua masjid di Perlis diarahkan untuk membaca Qunut Nazilah pada rakaat terakhir solat lima waktu bermula Subuh esok hingga satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak. Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah arahan itu mendapat limpah perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail setelah meneliti perkembangan semasa tindakan serangan dan sekatan bantuan kemanusiaan oleh Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza. Tekan link untuk berita penuh.
Waktu persekolahan ketika bulan Ramadan tidak lama lagi akan berpandukan garis panduan yang telah ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seperti tahun-tahun sebelum ini. Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata operasi kantin juga akan tetap berjalan seperti biasa ketika Ramadan.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan memanggil beberapa individu yang berpakaian menyerupai wanita semasa acara pertandingan hiburan, semalam. Ia bagi mendapatkan penjelasan lanjut selain mengadakan sesi perbincangan secara tertutup untuk memberikan nasihat dan bimbingan kepada individu terlibat. Tekan link untuk berita penuh.
Salah seorang mangsa kejadian kebakaran berkongsi detik awal seakan gempa bumi hingga menggegarkan rumahnya, sebelum lari menyelamatkan diri bersama anaknya ke masjid berdekatan. Anaknya didapati terdapat kesan melecur di beberapa bahagian badan namun tidak kritikal.
Makan di ruang tersorok di warung bukan Islam dan menggunakan alasan sakit antara taktik digunakan dua lelaki 50-an yang dicekup ketika sedang menikmati teh tarik serta roti bakar di Bukit Rambai, Melaka. Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama, Datuk Rahmad Mariman berkata dua individu itu diberkas kira-kira 11 pagi tadi.
Umat Islam dinasihat menjauhi ‘Tasyabbuh’ atau perbuatan yang menyerupai orang kafir. Pendakwah, Dr. Kamilin Jamilin berkata adapun perbuatan itu sekadar tarian atau trend yang tidak terkait amalan mana-mana agama. Namun, jika perbuatan itu menyerupai ritual mana-mana agama, ia wajar dielak dan tidak diamalkan, apatah lagi disebarkan dan menjadi ikutan di media sosial. Ikuti Berita AlHijrah di pelbagai platform media sosial linktr.ee/beritaalhijrah dan layari alhijrahnews.com untuk berita-berita terkini dalam & luar negara.
Satu kebakaran besar berlaku di Taman Puchong Perdana, Puchong pagi ini. Bomba Selangor mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan kebakaran melibatkan saluran paip gas. Bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian sekitar 8.23 pagi tadi. MENYUSUL LANJUT
Replying to @@ nurann401 Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Masjid Negara sekitar jam 10.58 pagi bersama isterinya, bagi memberikan penghormatan terakhir buat Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.