NEW DELHI - Seorang penumpang terselamat dalam tragedi pesawat Air India yang terhempas selepas berlepas dari bandar Ahmedabad, barat laut India pada 12 Jun. Menurut akhbar The Telegraph, penumpang lelaki di tempat duduk 11A sedang dirawat di hospital. Setakat awal malam ini, pasukan penyelamat menemui lebih 200 mayat di lokasi nahas. Pesawat itu terhempas di kawasan kejiranan namun masih tidak pasti sama ada terdapat penduduk yang maut atau cedera. Semasa kejadian, pesawat yang diangggap antara paling selamat itu membawa 169 warga India, 53 rakyat Britain, seorang penumpang Kanada dan tujuh warga Portugal. Sumber: The Telegraph/Kosmo #MediaSelangor #NahasPesawat #AirIndia
Lebih 10 mayat termasuk mayat bayi ditemui sepanjang pelaksanaan projek pemuliharaan Sungai Klang bawah inisiatif Zon Pembangunan Ekonomi (ZPE) dan Gerbang Maritim Selangor (SMG). Pengarah Urusan Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) Syaiful Azmen Nordin berkata penemuan itu merupakan sebahagian daripada 94,000 tan metrik sampah yang dikutip sejak projek itu bermula pada 2022. #mediaselangor #kliksemasa
Larangan pengimportan aksesori penyah aktif penggera tali pinggang keledar atau “dummy buckle” ke Malaysia akan berkuat kuasa 31 Disember ini. Kerajaan mewartakan pengharaman pengimportan aksesori itu melalui Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) (Pindaan) (No.2) 2025 dan terpakai bagi semua negara asal tanpa pengecualian. #MediaSelangor #selangortv #kliksemasa
Seekor lembu tidak sempat disembelih untuk ibadah korban pagi semalam, selepas mati akibat terjatuh dalam perigi di Kampung Sireh, Kota Bharu. Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, haiwan berkenaan dikeluarkan dengan bantuan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kota Bharu menggunakan peralatan khas dan teknik penyelamatan bersesuaian. Sumber: Berita Harian #MediaSelangor #Tular #LembuKorban #Perigi
Perdana Menteri, Datuk Seri @Anwar Ibrahim menzahirkan rasa sedih dan dukacita atas kejadian menyayat hati yang meragut nyawa enam sekeluarga selepas kenderaan dinaiki mereka ditemui tenggelam dalam Sungai Korok, Jitra, pagi tadi. Dalam satu hantaran di media sosial, PM Anwar turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa yang terkesan dalam tragedi tersebut. “Saya amat sedih dan berdukacita menerima khabar tragedi menyayat hati membabitkan enam sekeluarga ini. Takziah yang setulusnya kepada seluruh ahli keluarga mangsa. “Moga mereka dikurniakan ketabahan menghadapi ujian amat berat ini dan roh semua mangsa dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” katanya. Kejadian tragik itu dilaporkan selepas seorang wanita membuat laporan polis memaklumkan kehilangan abang, kakak ipar serta empat anak mereka yang gagal dihubungi sejak Sabtu lalu. Mereka sebelum itu dikatakan bermalam di rumahnya di Taman Aman. Kesemua mangsa iaitu pasangan suami isteri dan empat anak berusia enam bulan hingga sembilan tahun ditemukan maut dalam kereta Proton Saga Iswara yang tenggelam di dasar sungai tersebut. Disediakan Oleh: Raja Syazwani #MediaSelangor
Ibu bapa dan penjaga yang bimbang terhadap kesihatan anak susulan situasi jerebu di Selangor dibenarkan untuk tidak menghantar anak mereka ke sekolah, kata EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar negeri @Jamaliah Jamaluddin. Beliau berkata bagaimanapun ibu bapa atau penjaga perlu memaklumkan ketidakhadiran anak masing-masing kepada pihak sekolah. “Pengetua dan Guru Besar juga diminta untuk memantau bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) semasa melalui laman sesawang rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi membolehkan tindakan segera dan bersesuaian diambil,” katanya dalam kenyataan hari ini. #MediaSelangor #Jerebu
Ketua Polis Johor CP Datuk M Kumar menafikan sebuah video tular di platform TikTok yang memaparkan individu didakwa menyerupai beliau menerima bantuan daripada ‘Datok Abdul Malik’. #ai #palsu #johor #tular #mediaselangor
Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara lima tahun manakala isterinya didenda RM18,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini selepas mengaku mendera anak perempuan mereka yang berusia tujuh tahun 11 bulan menggunakan kulit durian, minggu lepas. Hakim Mohd Zaki Mohd Salleh juga memerintahkan Bunyamin Sukiman, 42, menjalani hukuman penjara dari tarikh tangkap iaitu pada 18 Julai manakala Yorlini Abdullah Umar, 32, akan dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda. Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua tertuduh dikenakan bon berkelakuan baik selama tiga tahun tanpa cagaran serta menjalankan khidmat masyarakat selama 12 bulan. Mengikut pertuduhan, Yorlini, yang merupakan ibu kandung mangsa, dan Bunyamin, bapa tiri kanak-kanak tersebut, didakwa mendera mangsa sehingga menyebabkan kecederaan pada bahagian badan di kediaman mereka di Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 6 petang 16 Julai lepas. #MediaSelangor #KesDera #Mahkamah
Kesemua 242 penumpang dan anak kapal pesawat Air India yang terhempas sejurus berlepas dari bandar Ahmedabad, India, hari ini, disahkan maut. Menurut polis, lebih 100 mayat hangus teruk dan dibawa ke hospital berdekatan untuk bedah siasat. Penumpang termasuk 217 individu dewasa, 11 kanak-kanak dan dua bayi dengan 169 daripada mereka merupakan warga India, 53 Britain, tujuh Portugis serta seorang Kanada. "Bangunan di mana ia telah terhempas adalah asrama sebuah kolej perubatan, kami telah membersihkan hampir 70% hingga 80% daripada kawasan itu dan akan membersihkan selebihnya tidak lama lagi," kata pegawai kanan polis itu kepada pemberita. Nahas tragis itu membabitkan penerbangan menuju ke London, United Kingdom (UK). Dalam pada itu, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) memaklumkan bahawa pihaknya sedang berhubung dengan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) susulan nahas pesawat Air India itu. Pihak berkuasa menyifatkan nahas berkenaan sebagai antara bencana penerbangan paling buruk dalam sejarah India. Sumber: RTM/Berita Harian #MediaSelangor #AirIndia #PesawatTerhempas #Ahmedabad
Orang ramai diminta segera membuat pendaftaran air percuma sementara tempoh permohonan Skim Air Darul Ehsan (Sade) masih dibuka sehingga hujung tahun ini. Ketua pegawai eksekutif Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Adam Saffian Ghazali berkata mana-mana individu yang berdepan masalah boleh menghubungi pihaknya bagi urusan pendaftaran. #mediaselangor
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menegaskan bahawa penganugerahan darjah kebesaran, bintang dan pingat Persekutuan hanya diberikan kepada individu yang layak serta berjasa kepada kerajaan dan negara, bukannya untuk dibeli. Seri Paduka Baginda bertitah, walaupun kerajaan telah menggariskan syarat untuk dipertimbangkan, Baginda tetap akan menilai setiap calon yang dicadangkan. #mediaselangor
MARAN – Lima individu termasuk seorang pemandu dan empat penumpang maut dalam satu kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 7, Jalan Jerantut-Maran, Pahang, awal pagi tadi. Menurut Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 12.40 pagi. Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah Toyota Alphard yang membawa tiga penumpang sedang melalui jalan lurus dari arah Maran menuju ke bandar Jerantut, sebelum sebuah Perodua Bezza dikatakan membuat pusingan U secara mengejut di satu persimpangan, lalu menyebabkan perlanggaran berlaku. "Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu Perodua Bezza yang keluar simpang secara tiba-tiba, sekali gus menyebabkan pertembungan tidak dapat dielakkan," kata BSPT dalam satu kenyataan. Akibat perlanggaran itu, kesemua lima individu yang menaiki Perodua Bezza disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Mangsa yang terkorban dikenal pasti sebagai Mohad Ikmal Ishak, 26; Nur Arfiqah Aziz Jaafar, 23; Mohammad Zulkifli Aziz Jaafar, 21; Mohamad Azizul Hakimi Aziz Jaafar, 19; dan Nurul Hazwani Aziz Jaafar, 17 – kesemuanya berasal dari Batu 14 1/2, Jalan Chu Kelit, Kampung Teluk Balong, Bota, Perak. Pihak polis turut memaklumkan bahawa proses bedah siasat ke atas semua mangsa akan dijalankan pada jam 8 pagi hari ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sumber: Berita Harian Olahan Semula: Raja Syazwani #MediaSelangor
MELAKA – Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang juga calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini ditahan polis selepas dipercayai bertindak membunuh ibu dan abangnya dalam kejadian tragis di Taman Rambai Mutiara, Bukit Rambai awal pagi tadi. Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, suspek ditemui dalam keadaan termenung di hadapan rumahnya kira-kira pukul 5 pagi selepas kejadian itu. Siasatan awal mendapati suspek mengaku menikam ibunya yang berusia 51 tahun dan bekerja sebagai guru, serta abangnya berusia 21 tahun sehingga maut. Seorang lagi adik mangsa, berusia 13 tahun, turut cedera parah akibat ditikam dan kini sedang menerima rawatan di hospital. “Motif kejadian dipercayai berpunca daripada tekanan emosi serta dendam kerana sering dimarahi dan dipaksa belajar oleh ibu dan abang. Suspek juga dipercayai telah merancang perbuatan tersebut lebih awal dan membawa sebilah pisau lipat sepanjang kira-kira 20 sentimeter yang disimpan dalam beg sekolahnya,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka hari ini. Mangsa dipercayai ditikam berkali-kali di bahagian leher, pinggang dan belakang badan. Abang suspek dipercayai menyedari kejadian tersebut dan cuba menyelamatkan ibu mereka, namun turut maut akibat ditikam. Tambah Dzulkhairi, adik bongsu suspek yang mengalami kecederaan serius setelah cuba menghalang serangan kini dilaporkan dalam keadaan stabil. Hasil pemeriksaan turut mendapati sistem kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi berjaya merakam sebahagian daripada kejadian, termasuk usaha suspek untuk melupuskan senjata dan beberapa barangan bukti lain. “Polis telah berjaya menemui semula barang-barang kes dan keputusan saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah dan alkohol,” jelasnya. Suspek dijangka direman esok bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Sumber: UTUSAN Olahan Semula : Raja Syazwani #MediaSelangor
Junus Kassim, 74, meluahkan rasa terkilan apabila melihat anak perempuannya lecah, 34, yang maut selepas dikelar oleh suaminya di kediaman mereka di Taman Cahaya, Bukit Gambir pada petang Isnin lalu. "Kalau dia meninggal sebab sakit, mungkin saya masih boleh terima. Tapi dia pergi dalam keadaan begitu..." luahnya. Ibunya, Fatimah Seman, 63, turut tidak dapat menahan tangis saat melihat wajah anak keduanya itu buat kali terakhir. Jenazah Allahyarhamah Iecah dikebumikan dengan penuh pilu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Durian Chondong. Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib mengesahkan kejadian tragik itu, yang berpunca daripada konflik rumah tangga. #TragediKeluarga #MediaSelangor #KonflikRumahTangga
Semua sekolah diminta menangguhkan aktiviti luar bilik darjah sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100, iaitu paras tidak sihat, demi menjaga kesihatan murid. Menurut Pengarah Pendidikan Negeri Selangor, Dr. Jafri Abu, sekolah dan pejabat pendidikan daerah (PPD) telah menerima surat siaran yang mengandungi panduan menghadapi keadaan IPU tidak sihat atau berbahaya. #mediaselangor
Enam beranak termasuk seorang bayi berusia enam bulan dikhuatiri hilang selepas gagal dihubungi oleh ahli keluarga yang lain sejak Sabtu lepas. Kehilangan Mohd Azim Ezzat Ishak, 32, isterinya Nurul Hidayah Khalijah Razman Effendy, 31, serta empat anak mereka berusia enam bulan hingga sembilan tahun itu disedari apabila tidak pulang ke rumah di Jerlun selepas bermalam di rumah ahli keluarga yang lain di Taman Aman di Jitra. Menurut adik kepada Mohd Azim Ezzat, Nur Adliah Shuhada, 20-an, abangnya sekeluarga datang bermalam di rumahnya seperti kebiasaan pada Jumaat. “Saya sangka mereka dah pulang ke Jerlun sebab abang yang bekerja sebagai pengawal keselamatan biasanya akan keluar awal pagi dan kakak ipar pula berniaga. Bila ibu mentua abang hubungi saya dan beritahu mereka tak sampai ke rumah, saya mula bimbang dan cuba hubungi mereka tapi gagal. “Kemudian saya dapat maklumat mengenai sebuah kereta Proton Saga di dalam Sungai Korok (di Jitra), tetapi nombor pendaftaran tak sama dengan kereta abang,” katanya di sini. Nur Adliah Shuhada berkata sehubungan itu satu laporan polis dibuat di Balai Polis Jitra berhubung kehilangan keluarga abangnya itu. “Saya juga ada buat hebahan mengenai kehilangan mereka di Facebook dan setakat pukul 10.30 malam ini, mereka masih gagal dikesan,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Mohd Radzi Abdul Rahim mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan pasangan suami isteri bersama empat anak mereka. Sumber: Bernama #MediaSelangor
SIBU – Polis sedang giat menjalankan operasi memburu seorang lelaki warga Indonesia yang meloloskan diri dari tahanan di Balai Polis Sentral, Sibu petang semalam. Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili memaklumkan bahawa lelaki terbabit sedang ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes rogol di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan. “Ketika melarikan diri, tahanan masih memakai pakaian lokap berwarna ungu dan bergari,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini. Beliau menambah, kes kini disiasat mengikut Seksyen 223 dan 224 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Operasi mengesan suspek telah dilancarkan sekitar jam 4 petang semalam dengan penglibatan semua elemen polis. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung keberadaan suspek diminta untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu di talian 084-344111, Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Mingat Bakil di talian 019-8867978, atau mana-mana balai polis berhampiran. Sumber: Berita Harian Olahan Semula: Raja Syazwani #MediaSelangor
Seorang wanita ditemukan lemas pagi tadi selepas dilaporkan hanyut bersama kereta yang dinaiki terjatuh ke dalam Sungai Triang, Bandar Baru Bera, Kuantan, Pahang Isnin lalu. Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir berkata mangsa, Sakirah Akop, 31 tahun ditemukan dalam keadaan terapung kira-kira 2.5 kilometer dari lokasi dikatakan terjatuh. #MediaSelangor #KlikSemasa
Kedutaan Besar Malaysia di Thailand menasihatkan rakyat Malaysia supaya mengelak daripada memasuki kawasan pertikaian di sepanjang sempadan Thailand-Kemboja susulan ketegangan ketenteraan yang semakin meningkat antara kedua-dua negara jiran itu. Kuasa Usaha Sementara Malaysia ke Thailand Bong Yik Jui berkata setakat ini tiada rakyat Malaysia dilaporkan cedera atau terjejas akibat pertempuran artileri yang sedang berlaku di enam lokasi iaitu Kuil Ta Muen Thom, Kuil Ta Kwai, Chong Bok, Preah Vihear, Chong An Ma dan Chong Chom. "Kawasan ini terletak di zon sempadan yang mempunyai pos pemeriksaan, dan ada kemungkinan penunggang motosikal atau pengembara karavan secara tidak sengaja memasuki kawasan tersebut. "Tiga rakyat Malaysia yang berdaftar menetap di wilayah yang dilaporkan terbabit. Selepas dihubungi, ketiga-tiga mereka mengesahkan selamat. Tiada permintaan bantuan diterima setakat ini," katanya. Bong menggesa rakyat Malaysia yang berada di kawasan terbabit supaya mendaftar dengan kedutaan bagi membolehkan mereka menerima maklumat terkini dan bantuan sekiranya berlaku kecemasan. "Sekiranya mana-mana rakyat Malaysia memerlukan bantuan, sila hubungi talian kecemasan kedutaan di +66 87028 4659," tambahnya. Beliau berkata kedutaan akan terus memantau perkembangan semasa dan menyalurkan maklumat terkini apabila perlu. Sumber: BERNAMA #MediaSelangor #Thailand #Kemboja #KonflikKawasan
KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan beberapa kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak akan mengalami ribut petir pada sebelah petang hari ini. Di Semenanjung, ribut petir dijangka melanda Pulau Pinang serta kawasan pedalaman Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor. Sementara itu, di Sabah, keadaan ribut petir dijangka berlaku di kawasan pedalaman dan Tawau, manakala Pantai Barat dan Sandakan dijangka menerima hujan. Kawasan Kudat dan Wilayah Persekutuan Labuan pula diramalkan kekal kering. Di Sarawak, hampir keseluruhan negeri dijangka mengalami ribut petir, termasuk kawasan Kuching, Samarahan, Sri Aman, Sibu, Bintulu, Miri dan Limbang. Bagi cuaca malam, ribut dan hujan dijangka berlaku di kawasan pedalaman Kelantan, Terengganu dan Pahang. Hujan turut dijangka di pedalaman Kedah dan Perak, manakala negeri-negeri lain seperti Kuala Lumpur, Putrajaya dan Melaka dijangka kekal kering. Di Sabah, hujan berterusan diramalkan di kawasan pedalaman, Tawau dan Sandakan, sementara Pantai Barat, Kudat dan Labuan dijangka tidak menerima hujan. Di Sarawak pula, hujan malam dijangka turun di Sri Aman, Sibu, Mukah, Kapit dan Bintulu, dengan kawasan lain kekal kering. Suhu maksimum harian dijangka mencecah 35 darjah Celsius, manakala suhu minimum sekitar 26 darjah Celsius, dengan cuaca panas dijangka di kawasan yang tidak menerima hujan. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap perubahan cuaca serta mengambil langkah berjaga-jaga, khususnya di kawasan yang terdedah kepada ribut petir. Untuk maklumat dan kemas kini cuaca terkini, layari laman web rasmi METMalaysia di [met.gov.my](met.gov.my). #MediaSelangor